Kobalt(II) hidroksida
Kobalt(II) hidroksida

Kobalt(II) hidroksida

Kobalt(II) hidroksida ialah sebatian kimia dengan rumus kimia Co(OH)2. Sebatian ini memiliki dua jenis, iaitu jenis-α, α-Co(OH)2 dan jenis-β, β-Co(OH)2. Kobalt(II) hidroksida yang biasanya digunakan ialah jenis-β yang berwarna merah jambu manakala jenis-α yang berwarna biru pula tidak stabil disebabkan oleh anion-anion asing yang wujud dalam struktur molekulnya.[3][4]Sebatian ini biasanya digunakan sebagai agen pengering dalam cat, varnis dan dakwat. Selain itu, sebatian ini digunakan dalam penghasilan sebatian-sebatian kobalt lain.